Tuesday, 19 November 2019

Lipis mula Banjir

Masuk pertengahan bulan November, langit semakin mendung. Hujan mula membajiri bumi Pahang. Sedikit demi sedikit paras air telah naik. Hati-hati warga Kuala Lipis. Penjom telah mula dinaiki air.


Sumber: FB Bomba & Penyelamat Negeri Pahang
Pasukan Bomba Kuala Lipis telah melakukan operasi pemindahan mangsa-mangsa banjir di Batu 5 Penjom ke PPS Sek. Keb. Penjom. Seramai tujuh (7) mangsa dari satu (1) keluarga telah dipindahkan dalam operasi ini.


Dah habis baca? Kalau bagus dan menarik, share lah dengan rakan-rakan anda :)

Saturday, 16 November 2019

Jom main futsal kt Kecau hujung bulan ni!!


Setelah Mengambil Keputusan dan Perbincangan Bersama Ahli Jawatan Kuasa Induk.

Kami telah bersetuju membuka ruang Had Umur Penyertaan Kepada 
16-30 tahun dan Terhad Kepda 24 Pasukan Terawal sahaja

Tajuk : KARNIVAL MUAFAKAT NASIONAL*
*-PIALA TOK PA-

TARIKH : *30 November 2019*
MASA : *8.00 pagi (sepak mula)*
TEMPAT : *GELANGGANG FUTSAL FELDA KECHAU 1*
ANJURAN : MAJLIS BELIA FELDA KECHAU 1

YURAN PENYERTAAN : RM 30.00 / PASUKAN 

24 Pasukan Terawal sahaja
              HADIAH 🏆🏅💵💵💵💵💵
JOHAN : RM 500.00 + MEDAL
KEDUA : RM 300 + MEDAL
KETIGA: RM 150.00 + MEDAL
SEGALA PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI : 
*Suhail:* https://wa.me/60139910699 Atau https://wa.me/60139977103
*Fauzi:* https://wa.me/+60129388350

📣📣📣📣📣📣📣📣
TARIKH TUTUP PENYERTAAN FUTSAL 5 SEBELAH, 8 Players

*PENYERAHAN BORANG 22/11/2019 (Jumaat) JAM: 3.00 PETANG TEMPAT: PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT ADUN PADANG TENGKU.*

SEGALA KECEDERAAN ADALAH TANGGUNGJAWAB PASUKAN ITU SENDIRI WALAUBAGAIMANAPUN KAMI MENYEDIAKAN PASUKAN KECEMASAN.
Dah habis baca? Kalau bagus dan menarik, share lah dengan rakan-rakan anda :)

Thursday, 14 November 2019

Malaysia vs Thailand , Kelayakan Piala Dunia 2022 & Piala Asia 2023

Dapatkah Harimau Mengaum? Saksikan secara langsung melalui astro arena atau RTM2.
Klik pautan dibawah untuk saksikan secara langsung di TV2.
Sepak mula jam 8.30 malam waktu Malaysia.





Dah habis baca? Kalau bagus dan menarik, share lah dengan rakan-rakan anda :)

Tuesday, 12 November 2019

Apakebenda Muiz Chicken ni? Kini Viral di Kuala Lipis.

Pertamanya, Muiz dni dah beberapa bulan kebelakangan ni asyik spam iklan dalam wall Warga Kuala Lipis. Geram jugak pada mulanya, tapi memandangkan admin support produk orang lipis, admin pun tak remove pun iklan dia dan tak block dia. Cuma ada beberapa iklan yang dia letak 2-3 jam sekali tu admin tak lepaskan.
Kini, tadaaaaa dah wujud pun Muiz ni kat Lipis. Apa tu muiz ni, ia adalah ayam goreng yang digoreng dengan rempah rahsia. Hahaha macam KFC kan? Memang pun, cuma rasa dan aroma dia lain sikit. Untuk pengetahuan semua, MUIZ ni dibuka baru lagi yaitu sejak 25 Oktober 2019. Hmmm masih baru lagi, tapi sambutan memberangsangkan. Sehinggakan hari yang sepatutnya tokey dan staff cuti pun diorg terpaksa bukak sebab sambutan amat menggalakkan.
Untuk yang tak tahu apa itu MUIZ dan dimana lokasi MUIZ ni, apakata anda riki-riki FB diorg kat bawah ni..cekidout!!



Dah habis baca? Kalau bagus dan menarik, share lah dengan rakan-rakan anda :)

IKLAN KEKOSONGAN PREMIS (GERAI/KEDAI/KIOSK/BENGKEL/MEDAN SELERA/PASAR) MDL


Anda warga Kuala Lipis yang berhasrat mencari gerai atau kedai atau kiosk untuk melebarkan lagi jaringan perniagaan anda bolehlah segera membuat permohonan dengan MDL. Kerana tarikh tutup untuk membuat permohnan itu adalah sehingga 14hb November sahaja. Iaitu sekitar 2 hari lagi dari tarikh artikel ini ditulis.

Lokasi gerai/kedai/kiosk ini bertebaran dari Merapoh sampailah ke Benta, dari Betau sampailah ke Kerambit. Maklomlah kawasan pentadbiran MDL ni luas kan. Jadi, kepada mereka yang berminat mencari premis perniagaan tu, boleh la view2 siket FB MDL kat bawah ni yer, ada iklan penuh kedai-kedai kosong yang ditawarkan beserta dengan kadar sewa bulanan. Ada yang sewa RM30 je sebulan kat Benta! Murahnye!!

Dah habis baca? Kalau bagus dan menarik, share lah dengan rakan-rakan anda :)

Adnow

Anda Mungkin Berminat